Thursday, April 9, 2015

Ibu Mithali In Progress

Assalamualaikum.

Mak aih! Lamanya mak budak ni tak update apa-apa entri dalam belog. Dalam sibuk-sibuk cuci popoo Mikhael, memang ada tanam niat nak tulis entri dalam belog tapi kesengkangan waktu yang tak mengizinkan. Al-maklumlah semenjak jadi ibu ni, banyak benda yang hanya hangat-hangat tahi ayam. Konon nak buat itu konon nak buat ini, last-last mengadap anak jugak 24 jam.

Kalau nak tahu best ke tak best life lepas ada anak, tak terucap betapa bestnya. Mengikut pengalaman aku yang dah merasai nikmat punya anak, jawapannya memang teramat bahagia. Sejak ada Mikhael, hidup aku rasa lebih berseri-seri. Kadang-kadang boleh tersenyum sorang-sorang dalam bilik air bila teringat Mikhael (padahal Mikhael kat depan TV je).

Semalam genap umur Mikhael 4 bulan.. Banyak benda yang Mikhael dah boleh buat antaranya bersembang macam orang tua, tapi guna bahasa German. Susah aku dengan Farris nak faham apa yang Mikhael cerita. Dia berborak sampai tajam-tajam mulut. Yang buat aku dengan Farris geli hati tiap kali layan Mikhael sembang mesti ada cerita gembira campur sedih yang dia borakkan. Tengah beriya gelak tiba-tiba cebik. Pening kepala ibu dengan daddy.

Si Mikhael ni tak boleh tinggal dia main sorang-sorang.. Sebabnya dia suka terbalikkan badan tanpa kawalan. Semalam aku tengok Mikhael ni elok je main sorang-sorang sambil baring, aku pun pergi dapur nak minum. Tup tupp bila tengok kat depan dia dah terbalik, muka dah tersembam kat tilam. Haih boleh mati lemas Mikhael, jangan lasak sangat.

Risau ibu.

So aku dengan Farris kena silih berganti kalau nak buat kerja apa-apa. Tak boleh biar anak bujang ni main sorang-sorang. tunggang terbalik nanti jadinya. Tapi bapaknya suka biar Si Mikhael ni berdikari. Sakit hati.

Haih!


Lepas Mikhael lahir, aku dengan Farris dah ada tabiat baru. Nak tahu apa? Perkara ni wajib tiap-tiap hari buat tahu tak, kalau tak buat mesti macam rasa something missing. Semua benda tak kena. Tak tahulah kenapa bau mulut bayi ni sedap sangat. Everyday mesti kena cium mulut Mikhael. Wangi. Sampai ketagih nak bau lagi. Tapi bila dah besar nanti, ibu tak sanggup lagi Khael.

HAHAHAHA!

Paling best Mikhael ni kalau kita renung dia lama-lama, dia akan bagi tindak balas dengan senyuman lebar sampai telinga. Indahnya ciptaan Allah, senyuman anak pun dah buat kita rasa bahagia sangat-sangat. Harap Mikhael terus membesar dengan baik dan sihat walaupun dah berhenti breastfeeding (Jangan tanya kenapa please sobs).

Bye. Jumpa lagi.

1 comment:

  1. tak dapat lagi jumpa dak kecik ni.. dah makin bam bam he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...