Saturday, December 13, 2014

Welcome My Dear Mikhael!

Assalamualaikum.

Aku jadi Makkkkk dah! 

Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan anugerah yang tidak ternilai ini. Setelah mengharungi berbagai dugaan dalam tempoh masa 37 minggu dan tepat pada tarikh 8 Disember 2014 lahirlah seorang lagi umat Muhammad di muka bumi Allah.

Sebenarnya aku tak sangka akan bersalin dalam masa terdekat ni, sangat-sangat tak sangka. Lepas jumpa doktor untuk buat ECV yang aku ada cerita on previous post dan keputusannya aku memang tak boleh buat proses ECV sebab air ketuban sedikit. Kemudian doktor terus decide untuk tetapkan tarikh operation iaitu pada 18 Disember 2014. (That means sepatutnya aku bersalin minggu depan)

Tuppppp tupppp pagi 8 Disember air ketuban dah bocor. Kelam kabut tahu tak? Iya lah first pregnancy. Mula-mula ingatkan kencing tak lawas sebab asyik rasa air keluar tanpa rasa nak terkencing. But then bila dah keluar darah barulah terkejut beruk, berlari anak bagitahu mak. Nasib baik mak dah sampai Kuala Lumpur, aku sangat bernasib baik. Fuh!

Masa air ketuban dah makin banyak keluar, aku dah mula rasa sakit nak beranak. Sakitnyaaaaaaaaaaaa, memang sakit. SAKIT! (Menitis air mata)

Dalam keadaan sakit sempat lagi fikir nak mandi pakai bedak semua sebab takut doktor terbau bau-bau yang tak menyenangkan. Risau nampak selekeh nanti. Tunggu Farris dalam setengah jam jugak sebab dia dah gerak pergi kerja, selamat jalan dah tak jammed kalau tak mungkin terberanak kat dalam rumah dah agaknya.

Sampai hospital terus buat checkup tekanan darah, timbang berat badan, ambik suhu badan, check bukaan jalan bawah (walaupun aku operation sebab baby breech), check degupan jantung dan scan baby. Lebih kurang 4 jam aku terpaksa menanggung sakit untuk tunggu giliran masuk bilik bedah. Lama tak?!

Hanya Allah yang tahu.

Sebelum masuk bilik bedah, Farris datang tepi katil dan pegang tangan aku. Dia suruh aku tenang dan selawat banyak-banyak sambil usap-usap perut aku. I'm crying dan dia pun menangis (very touched moment). "In shaa Allah semuanya selamat", Farris berusaha pujuk aku supaya sentiasa tenang dan positif.

Setelah selesai berdrama, katil aku pun ditolak masuk ke bilik bedah. Terus menggeletar badan sebab dalam bilik bedah teramatlah sejuk. Sebelum kena bedah punyalah banyak surat aku kena sign dan banyak gila pulak soalan kena tanya. Ya Allah, boleh tak bedah aku cepat?! Aku dicucuk bius di bahagian tulang belakang, sakitnyaaaaaaaaaaaaaa. Semua sakitlah takda yang sedap. In a few minutes, bahagian bawah badan aku kebas dan dah tak rasa apa-apa sampaikan masa doktor bedah cucuk pisau pun tak terasa. Power gila ubat bius itttewwww.

Tak sampai beberapa minit aku terdengar bunyi tangisan bayi. Uwwekkkk uwwwekkkkkkk! Anak aku ke?! Dah keluar ke?! Bila?! Bayangkan sampai tak tahu bila baby dorang tarik keluar. Cuma terasa perut bergoncang, mungkin masa tu doktor cuba untuk tarik baby keluar dari perut.

Kemudian baby terus diletakkan kepada aku, Ya Allah mengalir air mata.

Anak Mommy! Be a good son sayang!

(Menangis lagi)

-------------------------------------------------------------------

Farris dengan kuasa vetonya telah memberi nama untuk putera sulung kami dengan nama Qaiser Danish Mikhael. Biarlah berbelit sikit nak sebut tapi maksudnya memang membawa makna yang baik. 

Qaiser - Raja
Danish - Bijaksana / Pengetahuan
Mikhael - Malaikat yang menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan.

Maknanya ialah Raja yang bijaksana dan berpengetahuan lagi pemurah.

So Mikhael, jadilah seperti makna namamu sayang.




Doakan mommy dan baby sihat walafiat dalam tempoh berpantang ni ye kawan-kawan :)

2 comments:

  1. Aww awwww,hansome booyyyy.!!! Elyn dh balik kampar ke.? Akk balik ayer tawar aritu, tggu gak kot elyn nak balik dh, tpi kak linda bgtau elyn rest dulu kt kl, then khamis akk balik kl, msg faris, die ckp nk gerak balik kampar jumaat, tak sempat nak jumpe, sbb die pon tak msg me back.. 😢😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elyn baru sampai kampar semalam kak :) Laa yeke? Farris tak bagitahu eh yang dah gerak semalam? Takpe kak, nanti ada rezeki boleh jumpa baby punya. Tunggu besar sikit. Hehehehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...