Thursday, December 4, 2014

Persepsi Manusia

Assalamualaikum.

Mood memang tak berapa nak baik tika ini, semuanya disebabkan oleh seorang 'Pak Nyindir' yang agak biadap lakunya. Iyalah, pertuturan dan percakapan seorang makhluk Allah ini telah membuatkan hati ibu yang sedang sarat mengandung ini terguris. 

Aku cengeng tiba-tiba.

Aku berkahwin pada usia 23 tahun. Dan ketika itu aku masih dalam pengajian tahun akhir (semester 6) di UiTM Kedah. Kalau nak diikutkan usia 23 tahun itu bukanlah satu angka usia yang terlalu muda, mak-mak kita dulu pun kahwin umur 18 tahun, 19 tahun, 16 tahun pun ada. Come on Malaysian. Masyarakat yang memandang sinis kat remaja yang kahwin muda masih wujud ke?! 

What's wrong la herggh.

AKU BUKAN KAHWIN SEBAB DAH PREGNANT!

Lepas dua bulan kahwin, kemudian aku dan suami dapat tahu yang aku mengandung 6 weeks (Nah details aku cerita supaya orang biadap tak salah sangka). 

Masalahnya sekarang kenapa aku kahwin & mengandung, tapi 'awak' yang panas? Aippppp terambik hashtag Wak Doyok pulak. 


Ceritanya begini...

Pada suatu petang yang sunyi sepi, aku sedang berleka-lekaan sambil mengusap-usap perut yang semakin memboyot ke hadapan. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah datang kepadaku dan berkata:

Hamba Allah: Student kan?

Ibu Pregnant: Yes, I'm practical student.

Hamba Allah: Then itu apa? (sambil jari menunjuk ke arah perut aku)

Ibu Pregnant: Haaahhhh?! Soalan kurang bijak apakah ini? *hanya terluah di dalam hati*

Dia memandang aku ibarat aku telah merogol anak beliau lalu aku pun mengandung. Aku masih tak faham sampai la ni (loghat utara sikit), kenapa dia mesti buat muka 'cuka basi' semasa mengajukan soalan berbaur sinis kepada aku.

Mungkin... Mungkin dia cemburu aku tidak berkahwin dengan anaknya ataupun dengan dia sendiri.

Dengan hati yang panas dan kecewa, aku mengadu kat suami.

"Sedih la hati titew bila orang pandang hina kat titew sampai macamni."

Lantas Farris mengeluarkan kerisnya lalu berkata,

"Siapa yang cakap sayang macam tu? Meh sini abang rodok mata dia!"


Ok bye. 

6 comments:

  1. Hai kak elin :) Kuat ye, pekakkn telinga butakan mata. Takpe, kan ade baby penguat smangat akk :) btw, mak kite pun kwin umur 23, kawn2 kite pun rmai dh kwin (20 thun) hihi. Jodoh msing2 kan. Takde salahnye kita buat bnde yg Allah redha. So chin up and smile :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awek adib hehehe. Thank you, In shaa Allah pasrah dengan semua pandangan buruk semua orang. Biasalah melayu suka berburuk sangka :)

      Delete
  2. sape ckp camtu? meh yatt tombok muka die. he. sabar keh mummy comel. istighfar banyak2. jangan di layan, manusia memang camtu tah apa dengki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Ha Ha In shaa Allah yatt. Elyn memang cuba bersabar ;)

      Delete
  3. just let it go dear. akak pun pernah dituduh yang sama. kawen sebab pregnant. wth sangat kan! padahal akak pun just like you. 2 months kawen then dapat tau 6weeks pregnant. but still. anak dah besar pun boleh orang tanya "eh bila masa die kawen?" and i was like die saje nak tambah dosa die ke ape. but, again, just let them. asalkan kita bahagia dengan suami dan anak kita. :) be strong and take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat orang suka pandang negatif pada orang yang berbuat baik. Sedangkan banyak lagi benda yang dia patut concern. Kan? Yaaaaa just let them. Moga Allah bukak pintu hati mereka supaya sentiasa suka melihat orang lain bahagia dan buat benda yang diredhai Allah :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...