Thursday, December 4, 2014

My Baby Breech

Assalamualaikum.

Awal Disember, genap sudah usia kandungan aku 36 minggu bersamaan 9 bulan. Betapa saratnya aku sekarang.. Nak berjalan pun terkedek-kedek macam itik. Kalau berjalan kat luar Farris selalu tinggalkan aku kat belakang, mentang-mentanglah aku dah boyot nak masuk gear 4 memang failed. 

Aku terpaksa redha sambil mengharap belas kasih si suami menoleh ke belakang dan melihat aku yang masih terkedek-kedek lalu berpatah balik dan mendukung aku dengan perasaan penuh romantik dan kasih sayang. 

Ewah ewah ingat cerita hindustan.

Di peringkat kehamilan 36 minggu, aku yang bergelar mommy to be ini sangat mengharapkan keadaan bayiku selamat dan sihat. Perasaan tak sabar nak beranak semakin membuak-buak walaupun aku tahu sakit nak beranak adalah sakit paling sakit dalam dunia tapi makin dekat hari makin seronok nak tunggu saat bersalin nanti. Tempoh matang bayi lagi seminggu, mungkin minggu ke-37 aku dah boleh menatap wajah bayi yang aku kandung. He He He.

Tetapi...

Beberapa hari yang lepas, aku mendapat berita yang kurang enak. Masa menjalani pemeriksaan mengandung antenatal mingguan. Mereka (doctor dan nurse) mengesahkan bahawa bayiku berada di dalam keadaan songsang. OMG sayang! Kenapa baby tak pusing lagi? Kan kita dah nak jumpa sayang? A few of weeks je lagi baby :(

Kepada yang tak tahu macam mana kedudukan bayi songsang, sila lihat gambar kat bawah yang aku ambik dari Google.



My baby berada di posisi songsang dimana kepalanya di atas dan punggungnya di bawah.

Kemudian doktor di klinik kesihatan dengan segeranya membuat surat dan menyuruh aku pergi ke HKL untuk mendapatkan pengesahan dari doktor pakar. Sebelum tu, doktor dah bagi recommendation untuk melakukan proses ECV (External Cephalic Version). ECV ini adalah proses memusingkan baby di dalam perut macam bidan-bidan kampung dulu buat. Tapi sekarang ni lebih moden dan selamat sebab sentiasa di awasi mesin scan. Tetapi masih berisiko sebab baby boleh terbelit tali pusat dan baby boleh lemas.

Arghhhh risaunya.

Esok 5 Disember 2014... Aku, Farris dan emak akan pergi ke HKL untuk memastikan adakah kandungan aku boleh melakukan proses ECV ataupun tidak. Tak semua ibu hamil boleh melakukan proses ini. Doktor akan check tahap kesihatan ibu dan baby dalam kandungan, kemudian baru mereka buat keputusan.

Doakan aku.

Aku pasrah kalau terpaksa ceaser. Aku takut dengan proses ECV sebab ramai orang cakap sangat sakit. Dan baby pun berisiko tinggi. Kalau ianya gagal doktor akan terus buat emergency ceaser sebab nak selamatkan baby dan ibu.

Doakan aku sekali lagi. Thank you.

1 comment:

  1. yatt ada baca pasal ecv ni.. harap smue oke tok elyn dan baby. hrap dua2 sihat. harap smue urusan dipermudahkan. doa bnyak. takpe kite ikhtiar mana yang baik. inshaAllah dipermudahkan smue urusan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...