Monday, December 1, 2014

Mekap & Mini Pelamin By Erlina Touch

Assalamualaikum.

Keh Keh Keh Keh!

Mengadanya aku nak buat post pasal tunang dolu-dolu. Well saja nak mengimbas kembali memori setahun yang lepas. Rasa macam nak bertunang balik pun ada. Khen Farris khen?

*penampar hinggap kiri kanan pipi*

OKAY OKAY.

Sebenarnya nak berkongsi benda ni khas buat bakal pengantin dan kepada yang berniat nak bertunang (tak molek couple lama-lama). Sebulan dua sebelum majlis mesti serabut kepala nak pilih butik yang terbaik untuk hari bersejarah engkorang kan? Haaaa jadi kat sini aku nak kongsikan satu butik yang memang kreatif gila dia punya owner dalam bab design-mendesign pelamin & hantaran. Sumpah comel gila babeng.

Tak percaya eh aku cakap comel?

Jemput tengok gambar pelamin masa majlis pertunangan aku setahun yang lepas.

Throwback for a while...


Pelamin didekorasi dengan telefon style lama yang comel. Pernah terfikir tak? Owner butik ni kreatif sangat. Aku pun tak pernah terbayangkan nak hias pelamin dengan barang-barang macamni.


Lagi satu dekorasi. Beg vintage floral style. Terfikir tak? (Aku memang tak lah!)



COMEL?! (KAN GUA DAH CAKAP)

Dan hasil kreatif ini adalah daripada hasil tangan ERLINA TOUCH tapi sayangnya butik beliau terletak di Ipoh, Perak dan servisnya hanyalah terhad di dalam kawasan Perak sahaja. Jadi kehadapan oghang-oghang Perak, apa lagi tunggu? Kalau nak kahwin/tunang, jom serbu butik ini. Dijamin anda puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Harga pun sangat berpatutan.

Jemput tengok & follow instagram beliau.



Make up by Erlina Touch jugak. Feeling cantik dua hari dua malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...