Thursday, December 18, 2014

Kerana Terpaksa

Assalamualaikum.

Lumrah seorang manusia harus menerima sesuatu keadaan walaupun dengan cara terpaksa. Begitulah apa yang sedang aku hadapi sekarang.

Kerana Terpaksa: Kisah Satu

Setelah melahirkan seorang cahaya mata comel kurniaan Ilahi ke atas muka bumi. Aku terpaksa mengharungi dunia berpantang selama 44 hari. Betapa lamanya aku rasa disebabkan banyak benda yang membataskan aku terutamanya bab makan.

Haih dah masuk hari ke-11 aku menempuh dunia berpantang. Dunia berpantang yang sangat menggugat kekuatan nafsu menahan diri daripada makan benda-benda yang tak boleh dimakan dikala sedang berpantang.

*Flashback masa kat wad hospital*
"Mak, lauk lunch ni hospital bagi ayam masak merah, sayur campur, nasi minyak dengan buah tembikai susu. Boleh makan dak? Sedap ni!"
Esoknya pulak.
"Mak, lauk lunch ikan pari masak asam pedas. Sedap gila kalau makan ni."
Mak balas:
"Makan lah kalau nak tanggung sakit luka bernanah nanti." (Psst ini ayat setelah ditapis padahal yang sebenarnya)
"MAKAN LAH KALAU NAK MATI!"
Hmmphh terus tolak dulang hospital ketepi tapi mata masih jeling-jeling. Kemudian ambil tupperware yang ada ikan bilis goreng, makan dengan nasi kosong. Arghhhhhhhhhhhhhh sakit hati!

Meleleh air liur tengok orang katil sebelah rilek je makan lauk hospital bagi. Takpe la patuh arahan mak, nanti dah sakit takut menyusahkan. Aura positif menjelma lah, bantulah aku menahan nafsu makan benda sedap. Redhakan aku makan ikan kering selama 44 hari. (Tsk)


Haih!

Kerana Terpaksa: Kisah Dua

Oleh kerana aku memilih untuk berpantang di Perak bersama bonda. Aku dan Mikhael terpaksa berpisah buat sementara dengan Farris. Uwwaaaaaa kenapa semua ini harus terjadi? 

Bayangkan dah tiap hari ngadap muka sama, tiba-tiba terpaksa berjauhan. This is so sad tau! Daddy Mikhael kena kerja dan ibu kena tabah jaga Mikhael kat Perak. Cepatlah masa berlalu, aku dan Mikhael perlukan kasih sayang seorang lelaki. Ecececece. 

Minggu lepas masa Farris nak balik Kuala Lumpur, hati rasa berat sangat. Air mata macam sentiasa bergenang, tapi cover sebab malu lah mak nampak. Cengengnya ibu Mikhael, Daddy Mikhael pun macam berat nak balik. Kerana terpaksa aku dan Farris kena terima.

Masa Farris nak gerak balik salam tangan Farris sampai dua kali dan Farris kiss forehead. Rasa nak menangis tersedu-sedu rasanya. Kenapalah kena duduk berjauhan pulak? Ibu perlu Daddy untuk jaga Mikhael sama-sama. Tak aci tau, daddy lepas tangan macamni (mengadanya dia).


Bangla sangat muka. 

Tamatlah kisah kerana terpaksa. 
---------------------------------------------------------------------------------------

Dengan usaha keras bapaknya, Farris maka terhasillah video teaser buat permata hati kami Qaiser Danish Mikhael ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...