Friday, November 28, 2014

How I Met Farris

Assalamualaikum.

Orang tua-tua cakap tak kenal maka tak cinta justeru itu zaman muda mudi baru nak up ni la ramai yang test market masing-masing. Khennn?

Caranya dengan upload gambar paling comel tahap dewa dalam Facebook. Mudah.

Zaman sekarang makin maju. Dulu orang bercinta ngintai ikut tingkap, sekarang boleh usha awek/pakwe dekat Facebook je. Betapa teknologi memudahkan pencarian jodoh tika ini. Uishh begitu juga dengan kisah pertemuan aku dengan Farris. (Tsk)

Al-kisah...

Aku kenal Farris dekat dalam Facebook. Entah bila kiteorang berkawan dalam Facebook pun aku tak tahu. Mungkin masa mula-mula buat akaun Facebook sibuk nak add ramai orang untuk banyakkan friendlist. Hisshhhh jakun sungguh perangai. (Hahahahaha)

Nak dijadikan cerita, aku atau Farris (tak ingat siapa yang add siapa) dah accept friend request memasing since February 2010. Tapi kiteorang mula tegur on January 2013. Farris yang mula-mula komen gambar aku kat Facebook, biasalah masa tu aku upload gambar yang flawless dan acah-acah muka awek korea sahaja (nak test market).

Aku ingat komen pertama yang dia bagi kat gambar aku 'mempesona'. Tengok cara komen dah tahu ala-ala taktik lelaki buaya, memang  jenis kaki ngayat semua perempuan ni. Mula-mula memang tak layan sebab tak pernah pulak ada kawan nama Farris, jadi aku ignore je komen dia.

Kemudian dia komen pulak gambar aku dengan my mom, yang aku ingat dia komen 'ibu kita'. Elehhh nampak sangat nak mengayat. Aku pun bukak la profile Facebook si Farris ni untuk pertama kalinya, eh eh tengok profile picture dia macam abang-abang sado. Muka boleh tahan tapi hidung kembang sikit dahi agak jendol.

Sila lihat gambar di bawah.


SADO TAK KAWAN-KAWAN?

Ini lah gambar profile picture yang Farris gunakan masa nak mengorat aku (Eh! Aku perasan). 

Tidak hanya berkesudahan di situ, Farris cuba bagi private message pulak kat Facebook. Masih dalam proses nak mengayat dan terus nak mintak nombor handphone. See see! Adakah wajib mendapatkan nombor handphone untuk mengorat? (Sorry kalau terlebih perasan).

He He He He!

Here the evidence. Puas aku scroll conversation lama kat Facebook. Dan pengakhirannya Farris yang tinggalkan nombor handphone dengan harapan aku akan contact dia through Whatsapp. 

Dari situ bermula pulak perhubungan kami melalui application Whatsapp. Nampak tak kecanggihan teknologi? Memudahkan perhubungan janji kena ada coverage internet.


Walaupun begitu, aku dengan Farris hanya berkawan di laman sosial dan sekadar berhubung melalui telefon. Tidak berjumpa dan tidak pernah bersua muka. Tapi kami berdua aktif di dalam Facebook which is gemar membahan satu sama lain. Farris paling suka bahan gigi aku. 

Apa yang dia ejekkan?

He called me 'JONGANG'. 

What?!!

Cuba korang bayangkan. Adakah layak seorang lelaki mencuri hati seorang perempuan dengan mentertawakan kekurangan fizikal yang ada padanya? Huhhhh teruk betul taktik Farris ni mengorat aku (perasan lagi).

Masa mula-mula kenal Farris ingat dia ni...

MODEL MAJALAH


Lepastu ingatkan dia ni...

PENYANYI


Rupa-rupanya Farris hanyalah seorang...

PELAJAR KUIS YANG BAJET HANDSOME


Okay.

Setelah hampir dua bulan berkawan di awang-awangan, aku dan Farris decide untuk berjumpa.
Dan pertemuan pertama aku dan Farris adalah bersama ibunda dan abang aku. Bukan blind date seperti yang korang bayangkan. Takda konon-konon jatuh cinta pandang pertama, nak pandang pun malu sebab ada mak dan abang. Curi-curi pandang tu ada sikit.

He He He He.

Begitulah kisahnya How I met Farris setahun yang lepas. Perkenalan yang singkat kemudian terus menghalalkan ikatan perhubungan dengan sebuah pernikahan.

Jodoh itu rahsia Allah.


Macam mana pulak aku boleh jatuh cinta dengan Farris? Hahahaha. Orang kata kalau dah itu jodoh kita, sakat/ejek macam mana pun tetap jatuh sayang jugak.

Bye Bye :)

Thursday, November 27, 2014

Perangai Pelik Perempuan Mengandung

Assalamualaikum.

Perangai pelik orang perempuan masa mengandung ni kebanyakannya lebih kepada bau dan makanan. Kalau ada yang lain mungkin terkena pada sesetengah orang sahaja. Dugaan indah buat perempuan mengandung, macam-macam hal kena hadap. Khennn para ibu?

Tak boleh tengok ayam dan ikan goreng

Nak tahu? Masa mengandung ni lah macam-macam perangai yang tak tersangkakan. Masa awal-awal mengandung (first trimester), aku paling alah dengan makanan berminyak. Bila lalu kat kedai makan dan ternampak lauk ikan ataupun ayam goreng secara automatik tekak kembang dan nak muntah.

Apa lah salah ikan/ayam goreng? Kesian.


Keadaan yang lagi teruk bila makan kat kedai makan tapi buat-buat 'buta' sebab tak nak tengok ikan/ayam goreng. Punyalah teruk. Kalau dah ternampak lauk bergoreng ni confirm selera nak makan terus hilang. Perempuan mengandung bila tak makan nanti perut masuk angin, kemudian akan muntah. Dahsyat tau.

Harap suami-suami diluar sana memahami isteri-isteri anda yang sedang mengandung. Sungguh besar dugaan yang mereka lalui. Eccecehhh.

Air sirap rasa macam 'air longkang'

Yang ni aku memang sangat-sangat tak faham padahal dulu sebelum mengandung kemain lagi suka minum air sirap sejuk-sejuk siap kunyah-kunyah ais tak bersisa. Bila dah mengandung, air sirap itu ibarat 'air longkang' yang masuk ke kerongkong. Loya yang amat bila minum air sirap. Tekak menafikan kesedapan air sirap yang selama ini dipuja. Akhirnya, air sirap dibuang tanpa belas.

Sadis.

Hal ni mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan ibu mengandung yang menjadikan aku agak cerewet untuk minum. Kos agak tinggi jugak untuk jaga orang mengandung ni. Iyalah suami kena sediakan kos lebih sedikit untuk beli air minuman yang lebih mahal dari air sirap.

Hahahahaha.


Cepat terasa hati/cengeng

Kalau nak cakap pasal ni mesti orang akan ingat ibu-ibu mengandung ni mengada-ngada. Wehh boleh faham tak? Aku seorang wanita yang bengis tau, teramat susah nak menitiskan air mata.

Tapi bila dah mengandung ni, tengok drama melayu kat TV3 pun nangis. Air mata macam dah standby siap-siap untuk dirembeskan. Cengeng nawwwwwww.

Suka bau minyak petrol dengan ridsect

Hahahahaha (gelak dulu).

Yang ni sampai suami marah sebab suka hidu kuat-kuat bau minyak petrol masa tengah isi minyak. Bau minyak petrol ni ibarat macam bau minyak wangi paling mahal dalam dunia. Sedap gila bau dia.

Keadaan yang lagi gila bila kat rumah sembur ridsect dalam bilik kemudian duduk dalam bilik lama-lama sambil menikmati bau ridsect. Yang ni pun rasa sedap gila bau dia. Memang pelik betul perangai masa mengandung ni.

Tapi tak elok tau sebenarnya. Bahaya untuk kesihatan ibu dan baby.

Kalau dah ketagih sangat nak hidu bau-bau ni, cium la suami. Opsssssssss! (Moga ketagihan akan hilang). Hehehehe.


Harap-harap takda lagi benda pelik yang aku ngidam/benci. Cukuplah yang diatas. Sekarang pun usia kandungan dah hampir mencecah 36 minggu, lagi beberapa minggu je lagi nak jumpa zuriat anugerah Ilahi. I can't wait :)

Moga dipermudahkan segala urusan.

Pemergian Insan Tercinta

Assalamualaikum.
“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” - Surah an-Najm: ayat 42-44.
Ya Allah. Hampir 5 bulan ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

Al-Fatihah.

7 Julai 2014 bersamaan 10 Ramadhan, tepat jam 12.30 tengahari, insan yang mengazankan aku tika aku dilahirkan ke dunia, insan yang menjaga dan mendidik aku menjadi orang yang berguna, insan yang memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal untuk aku berteduh dan mendapat nikmat keselesaan, insan itu kini sudah pergi. Pergi buat selamanya. Bertemu Ilahi.

AYAH! AYAH! 

BANGUN AYAH! 

BANGUN!

Begitulah aku berteriak memanggil ayah di saat melihat ayah hanya kaku di atas katil tanpa ada sebarang tindak balas lagi. Ayah telah pergi ketika dia tidur, ayah sudah tiada. Aku menyedapkan hati dengan meraba dada ayah untuk merasa degupan jantung, tiada. Bunyi nafas ayah juga tiada. Aku hanya melihat sekujur tubuh yang kaku.

YA ALLAH!

Aku harus redha. Insan ini sudah pergi bertemu pencipta-Nya. Insan ini sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Aku redha dengan pemergian ayah. Hampir 10 tahun ayah menanggung sakit angin ahmar, sudah cukup ayah menderita selama ini tanpa boleh bercakap dan pergerakan ayah yang amat terbatas. Tidak sanggup lagi melihat ayah sengsara merasa sakit, pergilah ayah bertemu Yang Esa.

Aku redha.


Betapa saat ini aku amat merindukan ayah. Rindu.

Masih terngiang-ngiang di kepala suara ayah memanggil. Masih bermain-main di mata wajah ayah tersenyum. Aku masih merasakan ayah masih ada di hadapan mata. Aku rindu.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka. Ameen.
Moga ayah tenang di sana,
Anakmu.

Friday, November 21, 2014

Yay Untuk Baby!

Assalamualaikum ♥

Keterujaan nak dapat anak sulung ni memang lain macam sikit. Tak pernah rasa hidup ni terlalu details sampai nak shopping barang-barang baby, kena google dulu tengok mana baik mana buruk. Oh my, boleh dikatakan tiap hari bukak website yang cerita pasal barang baby. Apa yang patut beli & apa yang tak payah beli sebab takut terjadi pembaziran.

Tapi perangai kaum perempuan ni kan, memang tak boleh dinafikan. Pantang nampak ada sale sikit. Mesti nak pergi jugak walaupun duit dalam purse tinggal singgit. Seriously weh! Tiap kali ada sale kat mana-mana mall, tanyalah orang perempuan, mesti dari A to Z dia tahu. Lagipun perempuan ni memang ambil tahu hal ehwal luar, very concern.

Haih la perempuan.

Bercakap pasal barang-barang baby. Aku awal-awal lagi dah survey kat internet untuk dapatkan checklist barang baby 'sulung'. You know what? Persiapan nak dapat anak pertama ni ibarat macam persiapan nak kahwin. Macam-macam benda nak deal. Fuhhhhhhh.

In making decision untuk semua pembelian barang-barang baby adalah di tangan aku (mommy's feeling). Suami terpaksa pasrah. Lagipun naluri keibuan yang tinggi ni dapat mempengaruhi dalam pemilihan barang yang paling cocok untuk baby.

Nak beli barang baby kena tahu baby gender baru best. Tapi........

Aku dan suami masih tak tahu gender baby walaupun usia kandungan dah masuk 33 minggu.

Baby, why you're so shy?

Oleh yang demikian aku buat keputusan untuk beli baju yang baby girl & baby boy boleh pakai. Senang cerita neutral color, tiada merah jambu sebab mommy and daddy takut you're a boy sayang. But don't worry if you're a girl, mommy ada sorok sehelai dua warna-warna ladies. (Sssshh keep it as secret)

The most important in baby checklist:

Pakaian & keperluan tempat tidur baby
Ramai yang bagi nasihat, jangan beli baju baby saiz newborn terlampau banyak sebab baby ni cepat besar. Jadi aku pun beli newborn size beberapa helai sahaja. Yang lainnya aku ambil size 0-3 months. Aku sangat gelojoh beli rompers baby yang sangat-sangat comel hok aloh. Aku ada jugak beli beberapa helai sleeping suit dan jumpsuit.

  • Sleepsuit (Baju tangan panjang/seluar panjang) 
  • Jumpsuit 
  • Rompers
  • Sarung tangan & kaki/Topi
  • Bibs
  • Bedung/Selimut
  • Bantal/Tilam
  • Kelambu
  • Playpen/Baby Cot


Ada beberapa helai rompers, the price only RM5.00. Dapatkan di QQBabyShop (toodles).

Dandanan, peralatan mandian & penjagaan baby
  • Tuala mandi
  • Bath tub
  • Shampoo & sabun
  • Bedak baby
  • Losyen baby
  • Minyak baby oil/Minyak telon
  • Pengetip kuku
  • Penyedut hingus
  • Cream untuk ruam 
  • Cotton ball
  • Botol susu & puting 

Barang keperluan untuk mommy-to-be
  • Maternity pad
  • Breast pump
  • Breast pad
  • Set bersalin
  • Bengkung
  • Nursing bra
  • Kain batik
  • Sarung kaki



Haaaaaa untuk set bersalin aku memang dah survey macam-macam -- Dari harga level orang kaya ke harga yang murah sangat macam Set Bersalin Selapan Air Mancur ni. Sebenarnya aku memang kedekut sikit bab nak beli benda mahal sebab takut tak termakan pun nanti lepas bersalin, jadi aku mengamalkan pakej jimat-jimat macam McDonalds. 

Sebelum beli set bersalin ni dah baca banyak reviews kat Google, overall semuanya cakap okay walaupun set bersalin ni tak sepopular produk yang lain tapi harga yang sangat berpatutan buat aku tertarik. Ahh janji badan sihat dan kekal ramping lepas deliver baby nanti. In shaa Allah.

Takut jadi macam Mah, cerita yang tengah jadi viral kat media sosial sekarang. Astagfirullah jauhkan aku dan suami dari perkara-perkara sebegitu. Ameen. 

Wednesday, November 5, 2014

Finally Bakal Jadi Mommy & Daddy

Assalamualaikum ♥

Woah bila dah kahwin ni ramai yang bertanya, dah berisi ke? Dah ada isi? Ayyo semalam baru nikah takkan ini hali sudah ada isi maaaaaaaa. Very concern tau masyarakat kita sekarang ni. Sebenarnya aku dengan suami memang takda langsung hasrat nak 'family planning', kekononnya nak dating berdua setahun dua dulu. Oh memang tak, ikutkan hati aku dengan suami nak timang baby cepat-cepat. Perasaan teruja nak ada anak sendiri betul-betul berada di tahap yang maximum - So excited!

Lepas dua minggu kahwin, terdetik nak tengok kalendar sebab rasanya macam period dah lambat check in. OMG aku dah mengandung ke?! Menggelabah habis aku nak buat Urine Pregnancy Test. Siap paksa suami pergi beli UPT kat 7-Eleven. Tak sabar engko ni.

Akibat perasaan tak sabar dan over-excited,

Esoknya tak semena-mena period check in la pulak. Maka sudah terang lagi bersuluh, I am not pregnant. Its okay cuba lagi, aku bermonolog dalam hati. 

Bulan yang seterusnya pun period masih check in seperti biasa. Ahhhhh! Hati mula stress. Hati pun boleh stress ke? Entah la. Kemudian suami datang pujuk cakap kalau ada baby lambat pun takpe sayang sambil cium dahi (okay ini aku tipu hiks).

Disebabkan dek termakan pujukan suami aku hampir terlupa pasal keexcitedan nak mengandung. Eh! Tetiba aku baru tersedar yang period aku masih tak check in untuk bulan ketiga ni. Mata aku secara automatik terkebil-kebil sambil jari menari-nari zumba dok kira hari. Yes memang period aku dah lambat sangat. Mungkin inikah pengakhiran penantianku? Aku terus berlari ambik UPT yang aku dah simpan hampir dua bulan. Masuk toilet. Dan berdoa dalam hati.

Please double line, please.


Alhamdulillah Ya Rabb. Rupanya dalam perut dah ada satu lagi nyawa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada aku dan suami. Menitis air mata sambil pegang UPT.

My weaknesses, tahap kepercayaan pada tindakan sendiri adalah sangat kurang. Jadi dengan rasa yang masih percaya dengan tidak, aku dan suami pergi ke klinik untuk betul-betul mengesahkan peristiwa bermakna ini. Peristiwa? Of course la first time in my life akan menggendong baby dalam perut. Omg.

(Jumpa doctor on 1st of May 2014)

When the doctor said:

"Tahniah! Awak dah mengandung 6 minggu."

"Enam minggu?!" (Terkejut dan teruja)

"Minggu depan you dah boleh buat kad mengandung kat klinik kesihatan sebab on 7 weeks jantung baby dah boleh nampak."

Gulp!

Selama ni aku selalu nampak preggy mommies buat check up kat hospital tapi kali ni giliran aku pulak (tampar pipi) Aku tak mimpi kan? Aku betul-betul mengandung kan? Ya Allah! Akhirnya aku dan suami bakal jadi ibu dan ayah. Alhamdulillah. Lepas ni kena ubah perangai biar molek sikit, takut nanti baby ikut perangai tak elok mommy dia.

Itulah kisah 8 bulan yang lepas.

Sekarang ni aku dah sarat mengandung lapan bulan (32 minggu). Percaya ke tak percaya? Hihihihi. Selama lapan bulan macam-macam alah/sakit aku rasa, its okay baby mommy kuat. Nikmat sakit mengandung itu indah. Hanya perempuan sahaja yang dianugerahkan perasaan seindah ini. Kalau lelaki yang tanggung rasa sakit ni mesti dah ambik cuti tanpa gaji sampai beranak. Perempuan memang kuat. Chaiyokkkk!

Dear baby,

Mommy & Daddy sangat tak sabar nak jumpa awak. Moga awak sihat dan membesar dengan baik dalam rahim mommy. Kalau awak nak tendang perut ke berguling-guling ke, mommy tak kisah. Janji anak mommy sentiasa aktif sampai tarikh due nanti tau. Mudahkan urusan mommy masa nak deliver awak nanti tau. Mommy janji mommy kuat demimu, anakku.


(Harap bila baby dah besar dia baca apa yang aku tulis dalam belog ni, kalau tak nangis siap engko)

Okay.

Sambung kira tendangan baby.

Monday, November 3, 2014

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!

Ini kisah 9 bulan yang lepas. Aku telah selamat diijabkabulkan dengan seorang 'jejaka idaman malaya', Che Muhammad Farris Che Isa (oghe kelate sungguh) pada 31 Januari 2014 bersamaan 29 Rabiulawal 1435. Memang saja pilih tarikh kahwin masa Chinese New Year. Mungkin boleh dapat anak chinese-look nanti, tak pun korean-look. Kehkehkeh.

Ameen Ya Rabb.

Sebenarnya dah agak basi kalau nak cerita pasal bab nikah dan perkahwinan aku. Tiga hari yang lepas genaplah 9 bulan aku menjadi seorang isteri kepada si suami. Pejam celik pejam celik OMG! 9 bulan?! Rasanya macam baru semalam rebus telur nak bungkus letak dalam goodies bag, rasa macam baru tadi deal dengan butik pasal baju & pelamin, rasa macam kejap tadi cium tangan suami lepas nikah (ohh rindu betul saat ini). Cepatnya masa berlalu.


Marriage is all about happiness, giving and taking, trustworthy and love.

Perkahwinan bukan perkara main-main ye kawan-kawan. Saat Tok Kadi bersama geng-gengnya (saksi) mengangguk SAH, maka gedebukkkkkkk tanggungjawab sebesar batu meteor menghempap bumi. Suami isteri ada tanggungjawab yang sama rata dalam membina keluarga yang sangat-sangat bahagia.

Give and Take
Always! Kalau masa couple, mulut boyfriend busuk pun kau tahan sebab sayang. So once married, kenalah terima pasangan kita seadanya. Walaupun dia suka sangkut baju kat kerusi meja makan sampai dah rupa rumah setinggan, walaupun dia suka lupa tutup toothpaste lepas gosok gigi, walaupun dia tidur berdengkur sampai menganggu ketenteraman & mimpi kita yang indah.

Kita senyum aje, layankan aje sebab kite kena 'sayangkan' suami. Pahala berganda-ganda tau :) Allah dah bagi kita pasangan yang sanggup hidup susah senang dengan kita, jadi wajibul ghunnah untuk kita terima dia dan dia jugak secara automatically akan terima kita.

Buruk & teruknya perangai kita, hodoh & selekehnya rupa bangun tidur kita -- hanya suami kita yang tahu dan tiap hari dia makin sayang. (Hiks)

Understanding Each Other
Bila bercakap pasal bab faham-memahami ni, lebih kurang sama dengan konsep di atas jugak. Faham dan terima keinginan, keperluan dan minat pasangan.

  • Suami benci/tak suka kita pakai bulu mata pelesu, kita kena faham suami lebih sukakan natural beauty.  
  • Suami tak suka kita ikat sanggul tinggi-tinggi sebab macam mak-mak orang, kita kena faham sanggul hanya untuk orang dalam pantang.
  • Suami suka lepak dengan kengkawan, kita kena faham tapi ikut suami sekali melepak.
  • Suami suka buat lawak tapi punchline selalu tak kena, kita kena faham dan buat-buat gelak untuk jaga hati.
  • Suami selalu tayang body tunjuk muscle, kita kena faham dan puji 'sadonya abang!'.
  • Suami suka main handphone macam zaman bujang, kita kena faham dan anggap suami busy buat business online. Cari nafkah untuk bini jugak (Hek).

Video | Majlis Pernikahan & Persandingan 
By The Khalifah Production


Sambung bebel balik.

Trust
Percaya suami, percaya isteri nescaya bahagialah kamu sebahagia-bahagianya. Amboih!

Tapi bila bukak cerita atau isu kepercayaan antara suami isteri, memang payah nak cakap. Walaupun kita sekeras-kerasnya menyatakan yang kita percaya dia tapi bila jadi sesuatu yang mencurigakan, kita tetap nak hire Personal Investigator right? Hahahaha. Takpun kita sendiri yang investigate, kadang-kadang lagi hebat dari penyiasat sebenar. Wah!

Tepuk dada tanya hati, yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari bisikan SYAITAN!

Respect Partner
Haaaaaaa yang ini paling penting dalam perhubungan suami isteri. Hormat. Hormat bukan setakat jalan tunduk sambil bongkok badan bila lalu depan pasangan, tapi lebih kepada hormat perasaan pasangan. Macam mana? Hormat pendapat dia, hormat arahan dia, hormat kehendak dia, hormat barang-barang dia, hormat segala hak milik dia, hormat keluarga & kawan-kawan dia, hormat minat dia dan HORMAT TUAN BADAN SENDIRI.

Kalau marah jangan tengking, jangan maki-memaki, jangan sepak terajang. JANGAN! Berbincanglah elok-elok, berfikir sebelum bersuara kerana manusia yang bijak tidak akan bertindak mengikut perasaan dan hawa nafsu semata. Jadilah pasangan yang bijak :)


Perbezaan antara kami: Suami suka tayang gigi, isteri cover gigi. Mesti ada perbezaan baru lah digelar pasangan yang sangat ideal. (Hihihihi)

P/S: Untuk entri seterusnya akan ada cerita untuk mengkhabarkan berita gembira. Psssttt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...