Sunday, January 19, 2014

Aku Dirisik & Bertunang

Assalamualaikum ♥

OMG!

Semuanya berlalu terlalu cepat, sumpah takda pembohongan. Aku serius. Aku cakap betul-betul kali ni. Tiada yang benar melainkan yang benar. Aku dah nak kahwin. Yeahhh I'm getting married! Aku serius. Aku ketar. Aku tak tipu. Adakah ini hanya mimpi? (tepuk pipi banyak kali)

(Flashback)

Ketika usia aku 22 tahun, dimana aku masih dalam pengajian tahun akhir peringkat ijazah sarjana muda di UiTM. Aku telah dipinang atau bahasa marketnya, aku telah dibooking gitueww. Honestly semuanya terjadi tanpa dirancang, eh apa yang tanpa dirancangnya cik kak? Maksud aku majlis pertunangan akulah. Pihak si kumbang bagitahu nak datang melamar si bunga ni seminggu sebelum kenduri. Bayangkan Seman, Timah, Leman, Leha (gaya makcik-makcik sikit) Mahu tak kelam kabut keluarga aku buat persediaan. Selamat emak aku ada, dialah penyelamat. Emaklah hero dalam cerita ni, semua dia buat daripada bab khemah, catering, hantaran & pelamin.

Aku mana? Apesal tak tolong?

Aku kat Kedah weh ada kelas. Ada kelas. Ada kelas. Sekali lagi aku ulang ada kelas. Memang banyak mulut cakap kat belakang (naluri hati berkata), dengan yakinnya aku tahu ramai orang yang tak berapa suka dengan 'langkah pertama' dalam hidup aku ni. Aku kan masih belajar, bawah tanggungan mak bapak lagi, gatal nak bertunang. Biarlah apa orang nak cakap, aku lebih suka diam (bunyi cengkerik).

Nora Danish cakap yang penting kita enjoy. Hehehehe!

Sambung balik cerita hal minang-meminang tadi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ramai jugak tetamu yang datang walaupun majlis pertunangan ni dibuat pada hari bekerja. Pelik sikit entah kenapa tak buat hujung minggu. Takpelah yang penting semuanya sudah selesai. Dan bergelarlah aku sebagai tunangan orang. (Hiks)


Baju tunang beli kat Greentown Mall Ipoh (sekarang dah tukar nama Angsana Mall) dua hari sebelum majlis bertunang. Selendang pun mengalami nasib yang sama. Mana yang rasa sesuai terus beli tanpa berfikir panjang. So rancanglah pertunangan anda lebih awal. *iklan*

By the way mesti ramai yang tertanya-tanya siapa si kumbang yang berjaya memikat hati aku yang keras bak batu ni kan? Kan? Sejujurnya, aku baru kenal dia. Serius. Its about 2 months and suddenly he decided to proposed me. Terkejut? Aku tak terkejut sebab aku sendiri memang berhasrat nak bertunang dan nikah dalam usia muda (Obviously gatal). Malas dah nak bercinta, bercouple tapi last-last penghujungnya? Wallahualam. Kita merancang Allah SWT yang menentukan.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - Surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”


Alhamdulillah pertemuan pertama aku dengan dia ditemani emak dan abang aku. So memang aku tak sempat nak main-main mata ke apa. Borak-borak kemudian balik. Aku buat-buat sombong, biasalah perempuan kena jual mahal sikit.

Dan Alhamdulillah keluarga aku jatuh hati dengan dia. Maksudnya berkenan nak buat menantu. Aku pun apa lagi, hehehe. Anguk-angguk kepala lah.

Jodoh itu rahsia Allah SWT -- Jika takdir Allah menentukan yang kita tidak berjodoh dengannya, Kita tidak akan bersama dengannya. Namun jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya ,walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan tidak pernah komunikasi sebelumnya kerana pasti ada saja cara Allah untuk menemukan kita dengannya.

Sekian Wassalam :)

6 comments:

  1. waaa..seriusly mmg best :)
    hope u akan bhagia selalu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dear..even 2 bln knl tp lau pihak sblh sn bsungguh2 adlh lbh baik dr knl btahun2 tp ntah ke mana ;-)..tahniah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Bercinta lepas nikah full with barakah. Hehe :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...